X

Kindly register in order to view this article
!

Ribuan penumpang terkandas kerana konflik India-Pakistan

Penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, semalam. - Foto AFP
A
A

SINGAPURA - Ribuan pelancong seluruh dunia terkandas selepas beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan pada hari kedua berturut-turut pada Khamis.

Situasi itu berlaku selepas kebanyakan syarikat penerbangan mahu mengelakkan ruang udara Pakistan dan beberapa bahagian India di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.

Pembatalan jadual penerbangan telah menyebabkan ramai penumpang terkandas dan ada yang terpaksa melalui tempoh penerbangan lebih lama.

Pemerhati industri itu menyatakan bahawa ruang udara di kawasan terjejas adalah koridor biasa untuk penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.

Antara negara paling terjejas adalah penumpang dari seluruh lapangan terbang di Thailand.

Kelmarin, Thai Airways mengumumkan seluruh laluan Eropah dari tengah malam Rabu hingga awal pagi semalam terpaksa dibatalkan kerana penutupan ruang udara Pakistan secara tiba-tiba.

Pembatalan itu menjejaskan penerbangan antara Bangkok dan London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen dan Oslo.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan pihaknya telah menerima kebenaran udara untuk mengendalikan penerbangan dengan laluan alternatif yang tidak melalui ruang udara Pakistan.

"Penerbangan tersebut akan melalui ruang udara China," ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, beberapa syarikat penerbangan termasuk Air Canada, Emirates dan Qatar Airways yang terbang ke Pakistan dan beberapa bahagian utara India juga terpaksa membatalkan perkhidmatan mereka. - Straits Times


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!