Kanak-kanak lelaki lemas mandi dalam parit

Kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas selepas mandi dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Khamis.
Kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas selepas mandi dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas selepas mandi dalam longkang besar di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian kira-kira pada jam 5 petang itu berlaku ketika air longkang tersebut naik dan menjadi deras selepas hujan lebat.

Sebelum kejadian, katanya, rakan-rakan mangsa telah menasihatinya supaya tidak mandi dalam longkang besar tersebut.

"Mangsa bagaimanapun tidak menghiraukan nasihat rakannya apabila tetap terjun tanpa menyedari arus deras dalam longkang.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 5.15 petang. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya mengeluarkan mangsa dari longkang tersebut dan disahkan telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

Jelasnya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: