Dokumen palsu menjadi mainan penipuan di media sosial

Baru-baru ini timbul isu sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik vaksin Covid-19 palsu yang dijual di media sosial.
Baru-baru ini timbul isu sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik vaksin Covid-19 palsu yang dijual di media sosial.
A
A
A

BARU-BARU ini timbul isu sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik vaksin Covid-19 palsu yang dijual di media sosial.

Kemudian, timbul pula berita mengenai sindiket pemalsuan pingat dan darjah kebesaran negeri Melaka apabila polis menahan dua dalang utama termasuk ahli perniagaan.

Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sama berdosa kerana menipu. Sebenarnya banyak lagi penipuan seumpama itu yang wujud di Malaysia, antaranya surat atau kenyataan media palsu yang ditularkan di media sosial.

Malah sebelum ini pun pernah berlaku pemilikan sijil doktor falsafah (PhD) palsu daripada universiti tertentu. Biasanya universiti luar negara kerana agak sukar untuk dikesan berbanding dalam negara.

Penipuan mereka licik, menggunakan dokumen atau kepala surat lengkap logo seperti asli. Tapi dalam zaman teknologi terkini, cara itu sebenarnya mudah dibuat.

Merak Jalanan bimbang penularan dokumen palsu akan terus berleluasa dan menjadi 'penyakit’ di negara ini pada masa akan datang. Tapi, itulah realiti di Malaysia ketika ini. Pembohongan terus berlegar di sekeliling kita tanpa disedari.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa boleh sahaja menyemak dokumen-dokumen sebelum mengesahkannya, namun sejauh mana kita akan berbuat demikian.

Contohnya, jika seseorang itu menggunakan gelaran Datuk palsu, adakah kita akan membuat semakan di pejabat istana terlebih dahulu sebelum memanggil individu dengan gelaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, Merak Jalanan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan setegas-tegasnya. Satu cara untuk memastikan gejala berkenaan dapat ditangani adalah bukan sahaja mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan dokumen palsu tersebut tetapi juga kepada mereka yang memilikinya.

Merak Jalanan percaya, apabila kurang permintaan, kuranglah pengeluaran dokumen palsu sebegitu.