Tiga kejohanan badminton dibatalkan

Status dimuat naik di laman rasmi BWF.
Status dimuat naik di laman rasmi BWF.
A
A
A

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) mengesahkan tiga kejohanan di peringkat Asia terpaksa dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 pada ketika ini.

Menurut badan induk badminton dunia itu, tiga kejohanan yang terkesan adalah Terbuka Korea, Terbuka Macau termasuk Korea Masters yang sebelum ini berstatus ditangguhkan.

“Beberapa sekatan dikenakan berikutan penularan pandemik Covid-19 pada ketika ini menyebabkan pihak penganjur tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kejohanan.

“Covid-19 ternyata menjejaskan kalendar badminton 2020, tetapi kejohanan antarabangsa kembali berada di landasan tepat,” kata BWF) dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: