X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Remaja bawah umur antara 17 ditahan sertai parti liar

Polis menahan 17 remaja warga tempatan, termasuk dua remaja berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun kerana terbabit dalam pesta liar, dadah di sebuah homestay di Kuala Nerus, pada Khamis. - Foto ihsan PDRM
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur ketika menyertai parti liar di sebuah homestay di Kuala Nerus pada awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Tium Ming Kung berkata, 13 lelaki dan empat perempuan berusia antara 16 tahun hingga ke 25 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada 12.15 pagi.

Beliau berkata, semasa serbuan kesemua individu itu berada dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.

"Pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah tersebut turut menemui satu peket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 50 gram.

"Polis juga menemui satu peket plastik lut sinar berisi 24 biji pil disyaki pil ekstasi dianggarkan berat 9.3 gram. Kami yakin kesemua dadah ini digunakan untuk berkhayal dan berhibur dengan memasang muzik yang kuat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis ini.

Ming Kung berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 16 daripada mereka termasuk dua remaja bawah umur itu positif dadah jenis methamphatamine.

"Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 39A (1) ADB 1952; Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan juga kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Peraturan 17 Akta Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2021)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!