Perlis rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi

Buat pertama kalinya, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) tertinggi dengan 1.40 melebihi RT negara 1.06.
Buat pertama kalinya, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) tertinggi dengan 1.40 melebihi RT negara 1.06.
A
A
A

PUTRAJAYA - Buat pertama kalinya, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan (RT) tertinggi dengan 1.40 melebihi RT negara 1.06.

Perlis merupakan negeri berada di Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak awal bulan ini dengan beberapa kelonggaran dibenarkan antara 'dine-in' di restoran dan kedai makan.

Jika dibandingkan dengan aktiviti sosial lain, 'dine-in' mempunyai risiko penularan jangkitan yang lebih tinggi.

Kuala Lumpur dan Kelantan mencatatkan nilai RT 1.23, manakala 1.16 di Sabah serta Pulau Pinang.

Sementara itu, Perak (1.15), Johor (1.13), Sarawak (1.12), Terengganu (1.12), Kedah (1.12), Pahang (1.09), Negeri Sembilan (1.05), Melaka (1.03), Selangor (1.01) dan Putrajaya (0.97), manakala nilai RT bagi Labuan adalah kosong.

Nilai RT merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu jumlah individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai RT, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Artikel Berkaitan: