Filem Banglasia dapat pujian Fasha Sandha

- Foto Instagram Fasha Sandha
- Foto Instagram Fasha Sandha
A
A
A

[DIKEMASKINI] FILEM Banglasia yang pernah diharamkan pada 2014 ditarik balik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Dan bermula hari ini ia mula ditayangkan kepada umum selepas lima tahun.

Menerusi salah satu entri Instagram (IG) pelakon Fasha Sandha, ada berkongsi pengalaman semasa menonton 'preview' filem itu semalam.

Apa yang menarik perhatian selain memuji filem tersebut, ceritanya dia juga turut mengalirkan air mata apabila melihat satu babak sedih dalam filem itu.

"Semalam pergi tengok preview #banglasia diatas jemputan Apek. Rindu nak tengok Azam dekat skrin besar. Pergi untuk Apek... Terima kasih diatas jemputan ... Filem aksi komedi.

"Memang sedap, kelakar... Memang kelakar... Kisah tentang Harris, seorang Bangla yang sanggup bekerja apa saja di Malaysia demi untuk berkahwin dengan teman wanitanya ... Hanya menonton filem, jangan pandang dari isu kontroversi dan politik, sebab saya tidak arif bab itu," tulisnya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Katanya lagi, dia hanya menonton filem, melihat komedi dan turut memaklumkan pelakon Saiful Apek masih disayangi ramai termasuk anak-anaknya.

"Bagaimanapun, tiba-tiba rasa sayang dekat 'Mat Bangla' yang bekerja di Malaysia... Ada satu babak, saya menangis pula... sedih satu babak itu. Untuk pengetahuan semua, filem ini... mengajar saya menghargai warga Bangla dan pekerja asing yang susah payah bekerja di Malaysia," tulis lagi.

Artikel Berkaitan:

Untuk makluman, filem itu sepatutnya menemui penonton pada 30 Januari 2014 namun ia dilarang LPF selepas mereka dikatakan menemui 31 titik plot, iaitu meliputi 90 peratus kandungan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ia dihasilkan oleh platform hiburan media digital WebTVAsia dan diarahkan oleh Namewee yang turut berlakon dalam filem yang berdurasi 90 minit itu.

Filem aksi komedi itu telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura, Festival Filem New York, dan Festival Filem Asia Osaka pada 2015. Ia turut membariskan pelakon filem Bangladesh, Nirab Hossain, atres Singapura, Atikah Suhaime manakala pelakon tempatan, Saiful Apek, David Arumugam, Lim Big Yong dan Kinki Ryusaki.