Dr Siti Hasmah hubungi Shuib, ucap takziah

Tangkap layar Dr Siti Hasmah ketika menghubungi Shuib
Tangkap layar Dr Siti Hasmah ketika menghubungi Shuib
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menghubungi Shuib Sepahtu untuk berkongsi kesedihan dan menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Panggilan tersebut dikongsi oleh salah seorang kakitangan Dr Siti Hasmah, Adam Mukhriz menerusi video TikTok miliknya yang berdurasi 21 saat pada Rabu.

“Saya nak ucapkan takziah, condelences ya. Kalau nak fikirkan apa Shuib, you take it this way. There’s no other way, the peaceful way ALLAH to take her..,” katanya menerusi perbualan bersama Shuib.

Video perbualan tersebut turut mendapat 92,900 tanda suka, 730 komen dan dikongsi 2,629 kali sehingga jam 2 petang Khamis.

Pada Isnin, Penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah, 37, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras.

Allahyarham yang hamil tujuh bulan sebelum ini dimasukkan ke HCTM pada 4 Ogos selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan virus itu.

Shuib atau nama sebenarya, Shahmira Muhammad, 39 dan keluarga disahkan dijangkiti wabak itu sejak 25 Julai lalu selepas menjalani ujian saringan apabila pembantu rumahnya disahkan positif virus berkenaan.

Bagaimanapun. Allahyarham Siti Sarah kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot dan terpaksa bersalin anak keempat yang diberikan nama Ayash Affan melalui pembedahan selepas ditidurkan.

Artikel Berkaitan: