Ketepi dulu perbezaan, utamakan negara dan rakyat: Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta semua pihak mengetepikan perbezaan, sebaliknya mengutamakan negara dan rakyat.

Takiyuddin menerusi ciapan di Twitternya turut menyeru agar semua pihak di negara ini bersatu hati serta bergabung usaha.

"Mari bersatu hati, gabung usaha, kritik & solusi, ketepi dulu perbezaan, utamakan negara dan semua rakyat jelata," tulisnya pada Khamis.

Ciapan tersebut turut disertakan dengan gambar yang mengandungi kata-kata dalam bahasa Inggeris 'Be an encourager, The world has plenty of critics already' (Jadilah pendorong, dunia sudah memiliki ramai pengkritik).

Dalam ciapan sama, beliau turut membuat perbandingan dengan menyifatkan kegagalan disebabkan belum berjaya selepas berusaha adalah lebih baik dibandingkan mereka yang membuat kritikan tetapi gagal memberikan penyelesaian.

"Gagal kerana belum berjaya dalam usaha lebih baik dari berjaya kritik tapi gagal beri solusi," katanya yang turut menulis tanda pagar #kitapastimenang.

Sebelum ini, timbul dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dalam membendung pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: