Abang Allahyarham Siti Sarah ditidurkan

Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke ICU Hospital Serdang dan telah ditidurkan oleh doktor ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan Covid-19. Foto IG Shuib
Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke ICU Hospital Serdang dan telah ditidurkan oleh doktor ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan Covid-19. Foto IG Shuib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahmad Firdous Raissuddin yang juga abang kepada Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang dan telah ditidurkan oleh doktor ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan Covid-19.

Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi bagi membolehkan paru-parunya berehat, kata abang iparnya, Shuib Sepahtu.

"Assamualaikum semua... Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.

"Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera... Amin Ya Rabbal Alamin," luah suami kepada Allahyarham Siti Sarah dalam hantaran di Instagramnya pada Khamis.

Bacaan oksigen dalam tubuh Ahmad Firdous dilaporkan menurun pada 93 peratus ketika pasukan perubatan datang ke rumahnya untuk membawanya ke hospital.

Ahmad Firdous dan isterinya positif Co-19 sementara dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

Pada Isnin lalu, Siti Sarah yang juga penyanyi popular negara meninggal dunia akibat COVID-19 selepas 48 jam ditidurkan di ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

Allahyarham yang pernah masyhur dengan lagu Kesetiaan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak sekitar pukul 1.20 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Tiga hari sebelum pemergiannya, Siti Sarah melahirkan anak keempat melalui pembedahan yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Shuib dan Ayash Affan, Allahyarham Siti Sarah turut meninggalkan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. - Awani