Bursa Malaysia catat peningkatan ketika dibuka pagi ini

Bursa Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan ketika dibuka pagi ini sebelum menyusut apabila kegiatan pengambilan untung muncul di kaunter berwajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan ketika dibuka pagi ini sebelum menyusut apabila kegiatan pengambilan untung muncul di kaunter berwajaran tinggi terpilih.
A
A
A

BURSA Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan ketika dibuka pagi ini sebelum menyusut apabila kegiatan pengambilan untung muncul di kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga.

Pada jam 9.28 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.53 mata kepada 1,497.91 daripada penutupan Rabu pada paras 1,504.44.

Indeks utama dibuka 0.85 mata lebih tinggi pada 1,505.29.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 354 berbalas 169 manakala 318 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 553.52 juta unit bernilai RM297.07 juta.

Walaupun saham bertemakan pemulihan terus menarik minat pelabur, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen pasaran masih lagi dipengaruhi oleh peningkatan kes COVID-19 serta perkembangan politik di Malaysia.

"Kami berpendapat minat belian susulan akan dapat dilihat di kaunter pengeluar sarung tangan dalam situasi COVID-19 semasa di Malaysia selain didorong oleh unjuran Majlis Getah Malaysia (MGM) mengenai pertumbuhan permintaan bagi sarung tangan di peringkat global.

MGM mengunjurkan pertumbuhan dua digit pada tahun 2021 dari segi permintaan untuk sarung tangan getah, sementara harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM4,500 satu tan selepas stok minyak sawit pada akhir Julai merosot kerana aktiviti penuaian ditunda kerana kekurangan tenaga kerja.

Artikel Berkaitan:

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 3.0 sen kepada RM8, Public Bank kerugian 1.0 sen kepada RM3.95, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menyusut 6.0 sen kepada RM7.95 dan RM5.76, sementara TNB lebih rendah 4.0 sen kepada RM9. 69.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange lega setengah sen kepada 81 sen, Globatex Formations turun 3.5 sen kepada 69.5 sen, sementara Serba Dinamik naik 1.0 sen kepada 41 sen dan KNM menambah setengah sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 41.39 mata pada 10,994.75, FBM ACE turun 9.89 mata kepada 7,132.71, FBM 70 merosot 48.77 mata kepada 14,573.35, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 50.05 mata kepada 12,069.50, dan Indeks FBMT 100 berkurangan 43.86 mata kepada 10,709.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.56 mata kepada 14,759.46, Indeks Perladangan menyusut 20.54 mata menjadi 6,127.06, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.49 mata kepada 187.80. -Bernama