Skim Go Digital Selangor tawar pembiayaan sehingga RM5,000

Info grafik dikongsi di Facebook Amirudin pada Khamis.
Info grafik dikongsi di Facebook Amirudin pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperkenalkan pembiayaan Skim Go Digital sehingga RM5,000 menerusi Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) bagi membantu usahawan melebarkan potensi jualan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan usahawan melakukan pendigitalan perniagaan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Pembiayaan berjumlah antara RM1,000 sehingga RM5,000 ditawarkan untuk melancarkan proses pendigitalan.

"Rujuk maklumat lanjut di www.hijrahselangor.com bagaimana skim ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga Selangor," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Khamis.

Menerusi info grafik dikongsi Amirudin itu memaklumkan, penggunaan digital dalam kalangan usahawan mikro dan kecil membantu memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara meluas, memudah, mempercepat proses pesanan dan pembayaran.

Kepada mereka yang berminat mengikuti skim itu antara syaratnya adalah warganegara, rakyat Selangor, bermastautin atau menetap tidak kurang lima tahun dan mengundi di Selangor.

Syarat lain berumur 18 hingga 60 tahun dan mempunyai premis serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Artikel Berkaitan: