X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

11 balai bomba bantu padam kebakaran kilang

Sebuah kilang kitar semula plastik di Pelabuhan Klang terbakar pada malam Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Lebih 10 jentera bomba dikejarkan bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula plastik di Lorong Sultan Mohamad 1, Pelabuhan Klang di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 malam.

Menurutnya, sebanyak 11 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terbabit dalam operasi pemadaman itu.

"BBP terlibat ialah Pelabuhan Klang, Kota Raja, Sungai Pinang, Petaling Jaya, Subang, Kota Anggerik, Andalas, Serdang, Sungai Buloh, Seputih dan Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Norazam berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan kawasan kilang berkeluasan 300x600 kaki persegi.

"Kilang terbabit merupakan bangunan kelas A jenis setingkat dan kebakaran dapat dikawal pada jam 10.51 malam," katanya.

Beliau berkata, anggaran kemusnahan kilang terbabit 90 peratus dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Terdahulu pengguna jalan raya di Lebuhraya Shapadu gempar selepas melihat api menjulang ke udara hingga kepulan asap boleh dilihat mereka yang melalui lokasi berhampiran.

Malah, video kebakaran kilang berdurasi 19 saat itu juga tular di laman sosial Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang plastik terbakar


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!