Messi, Neymar, Mbappe 'trio gila' PSG

Messi, Neymar dan Mbappe bakal membentuk jentera serangan digeruni di pentas Eropah.
Messi, Neymar dan Mbappe bakal membentuk jentera serangan digeruni di pentas Eropah.
A
A
A

LIONEL Messi sudah tidak sabar untuk membentuk gandingan bersama-sama Neymar dan Kylian Mbappe yang disifatkannya trio serangan 'gila'.

“Ia sangat gila. Berkongsi setiap hari dalam hidup bersama mereka, bersama semua pemain dalam skuad ini, terdapat beberapa perpindahan yang luar biasa, jadi ini adalah sebuah pasukan yang menakjubkan.

“Saya sangat tidak sabar untuk mula menjalani latihan dan mula bermain. Saya akan bermain bersama-sama dengan pemain-pemain terbaik dunia. Ini adalah satu pengalaman yang menarik untuk berpeluang melaluinya,” kata Messi.

Terdahulu, kapten Argentina itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama PSG selepas dia mengakhiri kariernya selama 21 tahun di Barcelona.

Meskipun Messi berhasrat untuk kekal di Camp Nou, Barcelona gagal untuk menawarkannya kontrak baharu disebabkan masalah kewangan.

Perpindahan Messi ke Paris menyaksikan dia akan bergandingan semula dengan Neymar - bekas rakan sepasukannya di Barcelona.

Kedua-dua bintang sensasi itu akan membentuk trio serangan yang luar biasa bersama Mbappe yang juga bintang muda Perancis.

“Semua perkara yang berlaku kepada saya ini dalam masa seminggu adalah sesuatu yang pelik. Ia sangat sukar, sangat cepat, dan ia sangat beremosi.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak boleh melupakan apa yang saya tinggalkan dan rasakan di Barcelona tetapi saya sangat tidak sabar untuk memulakan lembaran baharu dalam karier saya,” ujar Messi.