Hospital medan di Hospital Melaka mula terima pesakit

Sulaiman (dua, kanan) dan Rahmad (kanan) melihat fasiliti hospital medan di yang beroperasi pada petang Rabu.
Sulaiman (dua, kanan) dan Rahmad (kanan) melihat fasiliti hospital medan di yang beroperasi pada petang Rabu.
A
A
A

MELAKA - Hospital Medan Mercy Malaysia berhampiran Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka telah memulakan operasi bagi menerima pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat pada Rabu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pembinaan hospital medan itu dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bermula pada Sabtu dan mengambil masa empat hari untuk disiapkan sepenuhnya sebelum menempatkan pesakit secara beperingkat.

Menurutnya, ia mampu menempatkan maksimum sehingga 100 buah katil pesakit bagi menempat pesakit kategori tiga dan empat.

Katanya, setakat ini terdapat 75 katil telah diletakkan bagi memberi keselesaan kepada pesakit sebelum ditempatkan ke wad-wad Covid-19 Hospital Melaka.

"Hospital medan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Daripada 75 katil, 45 katil menempatkan pesakit lelaki manakala 30 lagi bagi pesakit wanita.

"Mula menerima pesakit pertama jam 4 petang dan akan menjadi penempatan sementara pesakit sebelum ditempatkan ke wad selain dibantu sembilan petugas kesihatan dan sukarelawan daripada Mercy Malaysia," katanya ketika lawatan di Hospital Medan Mercy Malaysia di Hospital Melaka pada Rabu.

Hadir sama, Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Hospital Melaka akan mengendalikan kes-kes berkaitan Covid-19 sahaja dan pesakit bukan Covid-19 akan dihantar ke hospital lain seperti Hospital Jasin, Hospital Alor Gajah dan juga Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, Sungai Udang.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini seramai 96 pesakit Covid-19 yang masih dirawat di Hospital Melaka, dengan adanya hospital medan ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit," katanya