X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Bursa Malaysia ditutup tinggi

A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh belian berterusan dalam produk dan perkhidmatan pengguna terpilih serta kaunter penjagaan kesihatan, kata para peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.71 mata untuk ditutup kepada 1,504.44 berbanding paras penutup 1,496.73 pada Isnin.

Petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 2.70 mata kepada 1,499.43, turun naik antara paras 1,498.53 dan 1,514.52 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran, bagaimanapun, negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 654 berbanding 433, manakala 407 kaunter tidak berubah, 710 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.59 bilion unit bernilai RM3.10 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM2.20 bilion pada Isnin.

Penyumbang terbesar kepada indeks petunjuk pasaran tempatan termasuklah Mr DIY dan Hartalega, yang mana kedua-duanya menyumbang gabungan 3.58 mata kepada indeks itu selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 19 sen dan 23 sen untuk ditutup masing-masing kepada RM3.80 dan RM6.94.

Seorang peniaga berkata, pasaran tempatan menyaksikan beberapa belian berterusan hari ini susulan pengumuman kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru in.

Sementara itu, peniaga ActicTrades Anderson Alves berkata, ekuiti Asia ditutup bercampur-campur pada Rabu susulan prestasi yang sama yang dicatatkan Wall Street semalaman.

“Varian Delta terus mempengaruhi pertumbuhan di rantau ini apabila sekatan pergerakan dilanjutkan. Di Australia, Perdana Menteri Negeri Victoria meneruskan sekatan pegerakan di Melbourne selama tujuh hari lagi manakala kes harian Covid-19 di Korea Selatan mencecah angka tertinggi sebanyak 2,200 buat pertama kali,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank dan IHH Healthcare meningkat 3.0 sen setiap satu untuk ditutup masing-masing kepada RM8.03 dan RM5.82, Petronas Chemicals naik 1.0 sen kepada RM8.01, TNB menokok 5.0 sen kepada RM9.73 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.96.

Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang NeXchange dan Focus Dynamics tidak berubah masing-masing pada 81.5 sen dan 4.0 sen, TA Win naik setengah sen kepada 17.5 sen manakala ME Technologies melonjak 1.5 sen kepada 7.0 sen.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum menyambut Awal Muharam.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 37.80 mata kepada 11,036.14, Indeks FBMT 100 meningkat 45.99 mata kepada 10,753.13, Indeks FBM Emas Shariah menokok 47.36 mata kepada 12,119.55, FBM 70 menambah 27.18 mata kepada 14,622.12 tetapi FBM ACE berkurangan 51.61 mata kepada 7,142.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 64.09 mata kepada 14,791.02, Indeks Perladangan naik 46.26 mata kepada 6,147.60, tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.03 mata kepada 189.29.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.90 bilion saham bernilai RM2.58 bilion daripada 2.57 bilion saham bernilai RM1.87 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 399.09 juta unit bernilai RM49.37 juta berbanding 316.01 juta unit bernilai RM44.75 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 1.28 bilion saham bernilai RM464.42 juta berbanding 769.71 juta saham bernilai RM286.94 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 546.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.03 bilion), pembinaan (114.81 juta), teknologi (524.07 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (86.34 juta), hartanah (162.83 juta), perladangan (22.60 juta), REITs (3.99 juta), dana tertutup (174,800), tenaga (223.25 juta), penjagaan kesihatan (77.19 juta), telekomunikasi dan media (42.05 juta), pengangkutan dan logistik (46.12 juta) dan utiliti (14.40 juta). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!