Pendaftaran vaksin ibu hamil masih rendah

Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19.
Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa peratusan ibu hamil yang telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 masih rendah.

Menurutnya, sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40 peratus.

“Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Para suami mestilah memberi sokongan kepada pasangan masing-masing bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ketiga.

“Sejak kempen ibunisasi dimulakan pada akhir Jun 2021. Daripada jumlah yang telah mendaftar, seramai 83,251 (57 peratus) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sebanyak 20 peratus ibu hamil telah lengkap menerima 2 dos vaksin,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau menyarankan agar ibu hamil yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat bagi mempercepatkan proses janji temu.