X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Malaysia kekal Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022

A
A

MALAYSIA kekal berada dalam Kumpulan J saingan pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 selepas undian semula dilakukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini susulan penarikan diri Korea Utara.

Majlis undian dalam talian itu menyaksikan hanya satu pasukan dari Kumpulan I iaitu Hong Kong diundi masuk ke Kumpulan K menyertai Jepun dan Kemboja.

Menurut AFC undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan itu.

Terdahulu, Malaysia yang bakal mempertaruhkan skuad Bawah 20 Tahun (B-20) telah diundi bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J pusingan kelayakan itu yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 31 Oktober untuk merebut 15 slot beraksi di pusingan akhir.

Hanya juara setiap kumpulan serta empat pasukan di kedudukan kedua terbaik kumpulan akan menyertai pasukan tuan rumah iaitu Uzbekistan beraksi di pusingan akhir di Tashkent pada Jun 2022.

Skuad bimbingan jurulatih Brad Maloney akan membuka tirai saingan kumpulan yang bakal berlangsung di Mongolia bertemu Laos pada 27 Oktober sebelum menentang pasukan tuan rumah dan Thailand, masing-masing pada 29 dan 31 Oktober. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!