Harga RON97, RON95, diesel tidak berubah

Harga jualan petrol RON97 dan RON95 dan juga diesel kekal tidak berubah untuk tempoh 12 sehingga 18 Ogos.
Harga jualan petrol RON97 dan RON95 dan juga diesel kekal tidak berubah untuk tempoh 12 sehingga 18 Ogos.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga jualan petrol RON97 dan RON95 dan juga diesel kekal tidak berubah dengan masing-masing pada RM2.74, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 12 sehingga 18 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan MOF itu menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: