Lebih dua tan durian kampung dari Thailand dirampas

Pegawai Maqis menjalankan pemeriksaan terhadap lori yang membawa masuk durian kampung dari Thailand. Foto: ihsan Maqis.
Pegawai Maqis menjalankan pemeriksaan terhadap lori yang membawa masuk durian kampung dari Thailand. Foto: ihsan Maqis.
A
A
A

PENGKALAN HULU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak menggagalkan cubaan membawa masuk lebih dua tan buah durian kampung dari Thailand pada Isnin.

Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan rampasan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah lori di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini kira-kira jam 3 petang.

"Hasil pemeriksaan rutin ke atas sebuah lori menemui sejumlah buah durian dianggarkan bernilai RM7,000 yang didapati barang dagangan tersebut tidak mematuhi syarat import.

"Pemeriksaan lanjut mendapati buah durian yang dibawa masuk itu tidak mematuhi syarat import 3P (pelabelan, pengredan, dan pembungkusan) seperti yang ditetapkan dalam syarat import Maqis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Maqis Perak merampas lebih dua tan durian kampung dari Thailand ketika melakukan pemeriksaan rutin i Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada Isnin. Foto: ihsan Maqis.
Maqis Perak merampas lebih dua tan durian kampung dari Thailand ketika melakukan pemeriksaan rutin i Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada Isnin. Foto: ihsan Maqis.

Menurutnya, kesemua barang dagangan tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Perbuatan pengimportan yang tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit adalah merupakan suatu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali," katanya.

Maqis mengingatkan kepada mana-mana pihak atau pengimport agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan setiap barang dagangan yang dibawa masuk adalah dijamin selamat dan berkualiti.