'Ayah besarkan kami dengan penuh kasih sayang'

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ropiah Yusoff, 63 tahun, lima anak, lima cucu dan seorang menantu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ropiah Yusoff, 63 tahun, lima anak, lima cucu dan seorang menantu.
A
A
A

SHAH ALAM - "Ayah membesarkan kami sekeluarga dengan penuh kasih sayang", Itu antara luahan anak kedua kepada Allahyarham Asisten Komisioner Che Hussin Che Omar, bekas Ketua Trafik Selangor yang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya pada Rabu.

Zetty Zaihasra Che Hussin, 37 berkata, Allahyarham merupakan seorang bapa yang amat penyayang terhadap anak-anak.

"Terlalu banyak memori yang ada antara kami sekeluarga, ayah sentiasa mencurahkan kasih sayang dalam membesarkan kami sehingga menjadi insan yang berguna.

"Sikap penyayangnya turut dicurahkan terhadap semua cucunya, memang ayah sentiasa mesra dengan cucu, sekali gus pemergian ayah amat besar ertinya buat kami sekeluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, Zetty Zaihasra berkata, arwah ayahnya juga sentiasa menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar sentiasa beribadah kepada ALLAH SWT walau di mana mereka berada selain mengingatkan tidak meninggalkan solat.

"Selain itu, ayah turut berpesan agar sentiasa bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Che Hussin Che Omar, 65, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor pada 2009 hingga 2011.
Allahyarham Che Hussin Che Omar, 65, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor pada 2009 hingga 2011.

Menurutnya, arwah meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, jantung dan kegagalan buah pinggang.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah, segala ingatan dan pesanan ayah sentiasa kami jadikan sebagai panduan.

"Jenazah ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 kira-kira jam 12.30 tengah hari," katanya.

Allahyarham Che Hussin Che Omar, 65, sebelum ini pernah berkhidmat di negeri ini sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor pada 2009 hingga 2011.

Jawatan terakhir Allahyarham adalah sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum bersara pada 1 Jun 2019.

Allahyarham turut dikenali sebagai individu yang peramah dalam kalangan rakan-rakan serta warga media keseluruhannya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ropiah Yusoff, 63 tahun, lima anak, lima cucu dan seorang menantu.