X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Kross tidak terkejut jika Mbappe sarung jersi Real Madrid

Mbappe. Foto: fb Paris Saint-Germain
A
A

TONGGAK tengah Real Madrid, Toni Kroos mengakui tidak terkejut sekiranya bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menyertai skuad Los Blancos bagi mengharungi saingan La Liga musim 2021/22.

Menurut Kross, sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku, ia secara keseluruhannya akan menjadi pelaburan paling berbaloi ketika ini bagi gergasi La Liga itu.

“Saya sebenarnya lebih suka bercakap mengenai pemain yang telah pun sah menandatangani kontrak dengan, namun disebabkan Real Madrid sering mahukan pemain yang terbaik, jadi saya rasa, tidak akan terkejut jika mereka menandatangani Mbappe.

“Lagi pun pada saya, Mbappe adalah antara pemain terbaik dunia ketika ini, terutamanya dalam kalangan generasinya sendiri.

“Oleh itu, bagi saya, kehadiran pemain berusia 23 tahun itu akan banyak membantu kejayaan pasukan, selepas ini,” katanya.

Berita kedatangan Mbppe ke Santiago Bernabeu agak hangat diperkatakan ketika ini setelah pemain berkenaan menolak untuk menandatangani kontrak baharu dengan PSG baru-baru ini.

Insiden berkenaan telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk khabar yang mengatakan Mbappe bakal menyarung jersi Real Madrid sebaik kontraknya dengan PSG tamat pada penghujung musim 2021/22.

Malah penghijrahan Mbappe ke saingan La Liga dilihat semakin hampir menjadi kenyataan dengan kehadiran bintang Argentina yang juga bekas kapten Barcelona, Lionel Messi ke PSG pada Selasa.

Sementara itu Kross berkata, selain Mbappe, pemain muda Norway, Erling Haaland juga diberitakan bakal menyertai skuad Los Blancos itu.

“Selepas Mbappe, (Erling) Haaland adalah antara pemain paling menonjol dalam ‘pasaran’ hari ini dan sudah pasti jika pemain ini hadir ke Santiago Bernabeu ia pasti akan melibatkan yuran perpindahan yang agak besar.

“Apa pun, kita tidak melupakan bahawa kita kini berada dalam keadaan yang tidak melibatkan aliran wang tunai yang tidak berkesudahan.

“Kita juga dalam proses ‘melengkapkan’ stadium yang turut memerlukan perbelanjaan besar,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!