Gegaran di beberapa kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dikejutkan dengan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan susulan kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 1.19 tengah hari Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu kenyataan berkata, bagaimanapun, kejadian gempa bumi itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Katanya, gempa bumi dengan kedalalaman 19 kilometer itu berlaku pada jarak 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Terdahulu, penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dikejutkan dengan kejadian gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat khususnya mereka yang berada di bangunan tinggi.

Beberapa netizen turut membuat perkongsian di laman sosial mereka berhubung kejadian berkenaan.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aminah Ahmad berkata, dia merasai gegaran itu dan menyangka ia disebabkan oleh lori berat yang melalui kawasan berhampiran.

"Saya ada rasa gegaran, saya sangka ada lori besar ke lalu depan rumah saya, tapi tak dengar lori lalu pun," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter @muhddfairuzz berkata, dia turut merasai gegaran berkenaan di rumahnya yang terletak sekitar Kota Damansara.

Artikel Berkaitan: