X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Kurnia persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor tidak perlu

Raja Zarith Sofiah
A
A

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, semua pihak tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor yang ke-62 pada 14 Ogos ini.

Sebaliknya, baginda bertitah adalah lebih bermakna kepada Sultan Johor jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik Covid-19, terutamanya kakitangan perubatan.

"Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.

"Sehubungan itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa," titah Tuanku Permaisuri kepada Royal Press Office (RPO), pada Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!