X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

[VIDEO] 18 individu ditahan terbabit parti liar

A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu warga tempatan serta warga asing ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, Kepong di sini pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komissioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul kira-kira jam 1 pagi.

"Seramai 11 lelaki dan tiga wanita tempatan serta empat wanita warga asing berumur antara 19 hingga 42 tahun ditahan ketika sedang mengadakan parti liar.

"Semasa serbuan dibuat, pihak polis mendapati bunyi muzik yang kuat sedang dimainkan dan kesemua suspek sedang minum minuman keras," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan awal mendapati, salah seorang daripada suspek lelaki berkenaan adalah penganjur parti liar tersebut.

"Suspek mengadakan promosi parti liar melalui aplikasi WeChat dengan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM150 bagi sewaan setiap bilik bagi tempoh tiga jam.

"Suspek juga didapati mula menjalankan aktiviti ini pada awal bulan Ogos lalu," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas unit kondominium tersebut telah merampas satu peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis MDM seberat 27.50 gram.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati seramai 12 suspek positif dadah amphetamine, methamphetamine dan ketamin, manakala enam suspek lagi negatif dadah.

"Kes disiasat di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua saspek turut dikompaun di bawah Peraturan 17, Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021 atas kesalahan mengadakan aktiviti tersebut," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!