Koperal maut kereta hilang kawalan langgar tiang elektrik

Keadaan kereta mamgsa yang remuk akibat kemalangan pada Rabu. (Gambar kecil: J Vimel anggota polis yang maut dalam kemalangan.)
Keadaan kereta mamgsa yang remuk akibat kemalangan pada Rabu. (Gambar kecil: J Vimel anggota polis yang maut dalam kemalangan.)
A
A
A

JEMPOL - Anggota cawangan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9 Jalan Bahau - Kemayan awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, dalam kejadian 2.50 pagi itu, mangsa Koperal J Vimel, 34, dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke IPD Jempol.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kereta Proton Persona dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, sebelum melanggar tebing dan tiang elektrik.

"Mangsa berasal dari Kuching, Sarawak dan sudah berkeluarga, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Jempol akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui selepas penyerahan bakul makanan syarikat swasta kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Negeri Sembilan pada Rabu.

Tambah beliau, sebaik sahaja semuanya selesai, pihaknya akan menguruskan penghantaran jenazah ke Sarawak, termasuk segala bantuan kebajikan kepada ahli keluarga mereka.

"Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan membabitkan kemalangan tersebut.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: