Negara perlu politik dan kerajaan yang stabil: Penganalisis

Mohd Azizuddin
Mohd Azizuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pilihan raya secara fizikal masih belum sesuai untuk dilaksanakan ketika ini sehingga kadar vaksinasi negara mencecah 80 peratus dan immuniti kelompok tercapai.

Menurut pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, antara pilihan yang ada ketika ini adalah, kesatuan dan kompromi yang mampu dicapai ahli Parlimen.

Ia bagi mewujudkan kerajaan yang stabil demi kepentingan kesihatan awam ketika ini.

"Alternatifnya, pastikan ahli Parlimen yang kita ada sekarang ini saling mencari jalan kompromi yang terbaik, sama-sama mereka, untuk terus mewujudkan kerajaan yang stabil.

"Sebab, kita perlukan kerajaan yang stabil untuk menghadapi krisis kesihatan Covid-19 dan ekonomi yang kita hadapi sekarang.

"Tetapi masalahnya, kekalutan itu berlaku," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Menurut pensyarah kanan politik dan hubungan antarabangsa itu, sesuatu yang malang apabila berlaku kekalutan politik di negara kerana ia tidak membantu dalam menghadapi krisis kesihatan ketika ini.

Tambahnya, pilihan raya juga boleh dilakukan menerusi pos jika ia terpaksa diadakan seperti yang berlaku pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kata Mohd Azizuddin, kaedah pengundian serta kelengkapan yang mencukupi perlu disediakan, dan ketika ini, katanya, beliau tidak melihat keupayaan tersebut dimiliki Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tegasnya, Malaysia perlu mempelajari kaedah tersebut bermula sekarang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan. - Sumber Awani