Maqis rampas satu tan daun bawang tanpa permit

Maqis Johor merampas satu tan daun bawang dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Selasa.
Maqis Johor merampas satu tan daun bawang dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas satu tan daun bawang tanpa permit yang sah di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pada Selasa.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, rampasan itu dilakukan ketika pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa pada jam 3 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan itu menemukan 100 kotak sayur daun bawang sebanyak 1 tan dianggarkan bernilai RM5,184.

"Daun bawang dari China itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen permit import yang sah," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Hizzuan berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati pengimport meletakkan daun bawang bersama dengan pelbagai jenis sayur lain yang mempunyai permit import bagi mengelirukan pegawai pemeriksa.

Maqis Johor merampas satu tan daun bawang dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Selasa.
Maqis Johor merampas satu tan daun bawang dari China di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada Selasa.

"Perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, Maqis terus komited dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.