X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

'Saya belajar perkara baharu setiap hari'

Dari kiri, Raheem Sterling, Stones, Kevin De Bruyne dan Kyle Walker bersama trofi kejuaraan EPL selepas perlawanan menentang Everton di Stadium Etihad pada 23 Mei lalu. - Foto AFP
A
A

TONGGAK pertahanan Manchester City, John Stones menyifatkan kehadirannya bersama keluarga besar The Citizens bukan sesuatu yang menggembirakan, sebaliknya merupakan cabaran dalam mematangkan gaya permainannya.

Malah menurut pertahanan kental England itu menegaskan di bawah kendalian Pep Guardiola, beliau juga perlu sentiasa memastikan prestasinya berada pada tahap terbaik untuk bersaing dengan pemain berkualiti lain yang turut bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

“Sejujurnya saya tidak boleh terlalu gembira, sebaliknya saya gembira apabila masih sebahagian keluarga besar Manchester City apatah lagi di sini terlalu ramai pemain berkualiti. Apa yang saya tahu dan mahu adalah kelab ini terus memenangi trofi.

“Bekerja dengan Guardiola merupakan satu impian kerana dia banyak mengajar mengenai permainan dan saya dapat belajar sesuatu yang baharu setiap hari.

“Empat tahun ini kami melakar pelbagai kejayaan yang cukup luar biasa, sejujurnya saya amat gembira apabila menjadi sebahagian daripada pencapaian itu dan saya masih mahu meneruskan kejayaan. Ini tempat terbaik bermain bola sepak dan memenuhi cita-cita,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Gergasi liga Inggeris tersebut sebelum itu mengesahkan Stones menandatangani kontrak lanjutan bagi tempoh empat tahun lagi yang menyaksikannya kekal di Stadium Etihad hingga 2026.

Untuk rekod Stones menyertai Manchester City dari Everton pada 2016 dengan bayaran perpindahan 47.5 juta pound (RM278 juta) juga cemerlang bersama England di Euro 2020 apabila memacu The Three Lions mara ke perlawanan akhir kejohanan utama buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!