GRO Vietnam ditahan polis

Antara GRO yang ditahan polis
Antara GRO yang ditahan polis
A
A
A

KLANG - Seramai 18 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di dua pusat hiburan di Jalan Sri Bayu Bukit Tinggi di sini tengah malam tadi.

Dalam serbuan bermula jam 11 malam itu, polis turut menahan tiga lelaki yang merupakan penjaga premis serta dan empat wanita tempatan yang bekerja di premis sama.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Grlap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, serbuan dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berdasarkan maklumat awam dan risikan polis.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, dan mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

No Image Caption

“GRO yang ditahan mengakui mengenakan bayaran serendah RM50 ke atas pelanggan yang ingin mendapatkan layanan GRO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khaizam menambah, polis juga merampas beberapa peralatan karaoke di pusat hiburan terbabait serta wang tunai.

“Siasatan polis mendapati kedua-dua pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen dan dan pemilik premis menggaji warga asing tanpa permit sah,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: