Messi kian hampiri Parc des Princes

Lionel Messi. - Foto AFP
Lionel Messi. - Foto AFP
A
A
A

KAPTEN Argentina, Lionel Messi dan kelab liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan bersetuju dengan terma perpindahan bagi membolehkan bekas pemain Barcelona tersebut mengalas cabaran baharu bersama Les Parisiens di Parc des Princes.

Bintang berusia 34 tahun yang memulakan karier bola sepak bersama kelab remaja Grandoli dari 1992 hingga 1995 sebelum disunting gergasi liga Argentina, Newell's Old Boys dari 1995 hingga 2000 sebelum disambar Barcelona pada 2000 dijangka diberikan kontrak dua tahun.

Malah Messi yang memacu La Albiceleste menjuarai Copa America 2021 sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan utama sejak 28 tahun juga dilaporkan akan menerima gaji bersih 25 juta Euro (RM123 juta) setahun.

Pada perlawanan akhir Copa America di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pada 10 Julai lalu, Argentina menewaskan penyandang juara Brazil 1-0 hasil jaringan Angel Di Maria pada minit ke-22 selepas mendapat hantaran Rodrigo De Paul yang gagal diselamatkan penjaga gol Brazil Ederson.

Artikel Berkaitan: