Bekas Datuk Bandar ditahan disyaki terima rasuah

SPRM menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah.
SPRM menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, hasil siasatan mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar.

"Suspek berusia 60 tahun ditahan jam 3 petang tadi di Pejabat SPRM Johor di sini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) A SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: