Wakil rakyat jangan pilih 'bulu' semasa beri bantuan

Che Zakaria (tiga dari kiri) disaksikan Maharam (dua kanan) dan Zamrin (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada wakil MaSia di Kip Mart Masai, Pasir Gudang, pada Selasa.
Che Zakaria (tiga dari kiri) disaksikan Maharam (dua kanan) dan Zamrin (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada wakil MaSia di Kip Mart Masai, Pasir Gudang, pada Selasa.
A
A
A

PASIR GUDANG - Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) kecewa terdapat wakil rakyat yang 'memilih bulu' ketika memberikan bantuan kepada rakyat yang terjejas pandemik Covid-19.

Pengerusi Masia, Maharam Baharom berkata, ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu adil tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang penerima kerana mereka amat memerlukan bantuan.

"Jangan beri bantuan berdasarkan mereka yang menyokong parti semata-mata sebaliknya golongan yang benar-benar dalam kesusahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan bakul makanan disampaikan ADUN Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh secara simbolik kepada wakil-wakil Masia di Kip Mart Masai di sini pada Selasa.

Menurut beliau, rakyat akan memberi sokongan jika pemimpin menunjukkan keikhlasan menghulurkan rakyat.

Sementara itu, Bendahari Masia, Zamrin Hamzah memaklumkan bantuan tersebut akan diberikan kepada 180 penerima di seluruh negeri.

Katanya, nilai barangan yang disumbangkan Che Zakaria berjumlah RM10,000 berupa barang keperluan asas dan pihak Masia akan membantu mengagihkannya kepada golongan asnaf memerlukan.

Dalam pada itu, Che Zakaria berkata, selepas ini pihaknya akan memberikan bantuan sama kepada 1,500 penerima dalam masa terdekat dan bantuan 'one off' seperti itu akan diteruskan.

Artikel Berkaitan: