Empat jari tersepit ketika buat kulit karipap

Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit pada mesin membuat kulit karipap. - Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit pada mesin membuat kulit karipap. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang pekerja bengkel memproses kuih cemas apabila jari tangan kanannya tersepit pada mesin penggelek dalam kejadian di Jalan Taiping di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, pekerja perempuan berusia 18 tahun itu dikatakan sedang melakukan kerja-kerja membuat kulit karipap.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Fauziah Baharuddin berkata, seramai tujuh anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 pagi.

Jari mangsa tersepit pada mesin ketika membuat kulit karipap di Bagan Serai. - Foto ihsan Bomba Perak
Jari mangsa tersepit pada mesin ketika membuat kulit karipap di Bagan Serai. - Foto ihsan Bomba Perak

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati empat jari tangan kanan mangsa tersepit pada mesin penggelek.

"Operasi mengeluarkan jari mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas bagi melonggarkan komponen mesin berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, operasi mengambil masa selama tiga minit dan mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar dengan menaiki jentera EMRS.