1,000 dos vaksin untuk atlet, pengusaha sukan

Mohd Khairuddin (dua dari kanan) melihat atlet sukan futsal Negeri Selangor, Helmy Faizaddin menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax). - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Mohd Khairuddin (dua dari kanan) melihat atlet sukan futsal Negeri Selangor, Helmy Faizaddin menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax). - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan sebanyak 1,000 kuota dos vaksin untuk atlet dan pengusaha industri sukan di negeri ini menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax).

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pemberian vaksin berkenaan melibatkan atlet dan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) serta pengusaha industri di bawah Jabatan Belia dan Sukan Selangor.

Mohd Khairuddin memberitahu, usaha itu bertujuan mempercepatkan imuniti kelompok dalam kalangan penggiat industri sukan sekali gus dapat membuka semula sektor berkenaan selepas ini.

"Selangor merupakan negeri pertama yang memberi jumlah khusus vaksin kepada penggiat industri sukan di bawah platform SELangkah," katanya selepas meninjau Program Vaksinasi Atlet dan Pengusaha Industri Sukan Selangor di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini pada Selasa.

Sehingga kini hampir 75 peratus populasi dewasa di Selangor dilaporkan menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi SelVax.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin turut memaklumkan, MSN juga mengenalpasti atlet yang masih belum berdaftar di daerah ini untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

"Kita menggalakkan mereka mendaftar dengan segera untuk mendapatkan vaksin," katanya.

Sementara itu, Pengurus Glenmarie Golf & Country Club, Nor Afendi Mohd Razlan berkata, usaha dilakukan kerajaan negeri menerusi program SelVax ini sememangnya dinantikan oleh penggiat industri sukan di Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Ramai di antara kami dapat mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan inisiatif ini perlu diteruskan dalam membantu industri sukan kembali beroperasi seperti biasa," katanya.