X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Majlis Getah Malaysia sumbang RM2.29 juta kepada KKM

Mohd Khairuddin (tiga dari kanan) bersama Dr Sha'ari (dua dari kiri) menunjukkan mesin ventilator di Hospital Kajang pada Isnin.
A
A

KAJANG - Majlis Getah Malaysia (MRC), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) pada Isnin menyampaikan sumbangan sebanyak RM2.29 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri KPPK, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sumbangan itu bagi membantu KKM memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.

“Daripada jumlah itu, RM1.5 juta diperuntukkan untuk pembelian 10 unit ventilator kepada hospital terpilih.

"Sebanyak RM290,000 akan disalurkan kepada Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) untuk penyediaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan peralatan bukan perubatan seperti komputer riba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hospital Kajang pada Isnin selepas penyerahan dana berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusof dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sumbangan sebanyak RM500,000 turut disalurkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Antara lokasi terpilih ialah CAC di Seremban, Negeri Sembilan dan Sandakan, Sabah; PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang; PPV di Terengganu, Melaka, Kedah, Kelantan dan Selangor serta hospital-hospital di Lembah Klang iaitu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Selayang dan Hospital Kajang,” katanya.

Tambahnya, program itu bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada semua menteri dan agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kita harap program ini akan menjadi contoh kepada semua agensi kerajaan dan GLC lain terutama syarikat korporat kerana semua tahu kita sedang berhadapan dengan pandemik serta memerlukan dana yang sangat besar,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!