Lori dalam bengkel kereta terbakar

Kebakaran turut memusnahkan sebuah lori muatan satu tan.
A
A

SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menggunakan jalan dekat Pekan Lama terkejut setelah terdapat kepulan asap seterusnya api marak dari sebuah bengkel kereta.

Dalam tempoh sekelip mata sahaja, kebakaran turut memusnahkan sebuah lori muatan satu tan yang turut diletakkan di bengkel sama.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kejadian setelah dimaklumkan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian ketika melalui jalan sama kira-kira jam 11.13 pagi.

Menurutnya, apabila sampai ke kawasan kebakaran mendapati, bengkel kereta terbabit musnah tanpa sempat berbuat apa-apa.

Kebakaran berlaku di Pekan Lama Sungai Petani.
Kebakaran berlaku di Pekan Lama Sungai Petani.

"Bila bomba sampai pun saya tengok bengkel dan lori habis terbakar dah, ada orang ramai tengok juga tapi saya sendiri pun tak berani nak pi dekat,"katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairi Baharuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.13 pagi dan bergegas ke lokasi sejurus kemudian.

Menurutnya, empat jentera bomba digunakan termasuk Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Unit Bermotor Bomba (RIM) dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dibantu pasukan bomba sukarela Sungai Petani.

"Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kelas C struktur kekal di mana 80 peratus musnah.

"Turut terbakar, sebuah lori satu tan membabitkan kemusnahan 60 peratus," katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 11.13 pagi.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 11.13 pagi.

Menurutnya, kebakaran telah dapat dikawal pada jam 11.25 pagi.

Katanya, kebakaran tidak melibatkan mangsa, namun punca dan kerugian masih dalam siasatan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia