Kemudahan individu vaksin lengkap, Sarawak tunggu persetujuan JPBN

Pelaksanaan garis panduan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap akan dilaksanakan sebaik sahaja SOP yang dicadangkan, mendapat persetujuan JJPBN Sarawak.
Pelaksanaan garis panduan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap akan dilaksanakan sebaik sahaja SOP yang dicadangkan, mendapat persetujuan JJPBN Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Pelaksanaan garis panduan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap akan dilaksanakan sebaik sahaja prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan, mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, ia mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada Ahad.

"Sarawak juga mengambil kira manfaat vaksin lengkap dan menyambut baik peranan kemudahan-kemudahan yang telah diumumkan terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara," menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, JPBN menyatakan SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehinggalah SOP Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak diwartakan.

Sebanyak 589 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak pada Isnin menjadikan keseluruhannya 81,917 kes dilaporkan setakat ini, dengan tiga kematian direkodkan menjadikan keseluruhan angka korban Covid-19 negeri ini meningkat kepada 471 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: