Pegawai kanan PBT ditahan salah guna kuasa

Seorang pegawai kanan sebuah majlis perbandaran di Kedah ditahan SPRM selepas disyaki terlibat salah guna kuasa.
Seorang pegawai kanan sebuah majlis perbandaran di Kedah ditahan SPRM selepas disyaki terlibat salah guna kuasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan di sebuah majlis perbandaran di Kedah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat penyalahgunaan kuasa pada 2019.

Sumber SPRM Kedah berkata, lelaki berusia 41 tahun tersebut dipercayai menyalah guna kuasanya dengan mencadangkan kepada Lembaga Perolehan Negeri Kedah syarikat milik bapanya untuk menjalankan kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan di daerah di Kedah yang berjumlah RM200,000.

Menurut sumber, SPRM turut menahan seorang lelaki yang juga kontraktor berusia 48 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

"Kedua-duanya ditahan pada jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

"SPRM dijangka memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.

Tambahnya, SPRM akan mendapatkan perintah terhadap dua lelaki yang ditahan itu di Kompleks Mahkamah Georgetown, Pulau Pinang, pagi Selasa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Artikel Berkaitan: