Nik Nazmi dakwa ditawar RM30 juta untuk sokong kerajaan PN

Nik Nazmi mengesahkan menerima tawaran 'Durian RM30'
Nik Nazmi mengesahkan menerima tawaran 'Durian RM30'
A
A
A

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan ada menerima tawaran ‘Durian RM30’ atau RM30 juta pada Sabtu yang didakwa sebagai motivasi untuk menyokong kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PN).

Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, selain beliau, pekerja dan bekas pekerja turut menerima mesej tawaran ‘Durian RM30’ itu menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang sama.

“Minggu lepas saya ada terima tawaran berjumlah RM24 hingga RM26 juta dengan syarat membawa enam lagi ahli Parlimen bersama dan mereka juga akan mendapat habuan.

“Kali ini datang lagi tawaran ‘Durian RM30’ jika saya datang seorang jadi boleh makan durian puas-puas,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum berjaya mengenalpasti pemilik nombor telefon yang menghantar mesej tersebut.

Dalam pada itu, Nik Nazmi beliau percaya dalang di sebalik tawaran tersebut merupakan individu yang mengenali dirinya tetapi pihaknya masih mempertimbangkan sama ada ingin membuat laporan polis atau sebaliknya.

“Kita ada perancangan untuk perangkap individu tersebut tetapi sudah terlambat apabila beberapa ahli Parlimen lain sudah membuat pendedahan. Jadi saya rasa dalang tersebut akan melupuskan nombor telefon berkenaan.

“Mereka mengenali saya dan kakitangan secara rapat dan tetapi saya tidak tahu siapa. Buat masa ini saya hanya boleh membuat spekulasi,” katanya.

Artikel Berkaitan: