100 peratus penduduk lengkap dos suntikan akhir Oktober

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia dijangka mencapai 100 peratus penduduk dewasa mendapat suntikan lengkap dos vaksin Covid-19 menjelang akhir Oktober ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasaran tersebut diyakini akan dapat dicapai berdasarkan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan sehingga kini.

"Saya telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) pagi tadi. Alhamdulillah, proses vaksinasi berjalan mengikut jadual setakat ini," katanya menerusi Facebook rasminya pada Isnin.

Menurutnya, menjelang 31 Ogos, lebih 60 peratus penduduk dewasa atau lebih 40 peratus keseluruhan penduduk di negara kita dijangka menerima dos lengkap suntikan vaksin.

"Ini pastinya merupakan khabar gembira buat kita semua menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini," katanya.

Beliau berkata, menurut data terkini di dalam dan luar negara, jumlah kes kategori empat, lima serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi telah meningkat.

"Insya-ALLAH, kita doakan agar negara kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan kadar segera. Aamin ya rabbal alamin," katanya.

Artikel Berkaitan: