X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Lebih 570 anggota Taliban terbunuh di Afghanistan

Keadaan kedai-kedai yang rosak selepas pertempuran antara pasukan keselamatan Taliban dan Afghanistan di bandar Kunduz, utara Afghanistan pada Ahad. - Foto AP/Abdullah Sahil
A
A

MOSCOW - Tentera kerajaan Afghanistan telah menghapuskan lebih 570 anggota Taliban dalam tempoh 24 jam, lapor Sputnik.

"579 #pengganasTaliban terbunuh dan 161 yang lain cedera akibat #operasi ANDSF di wilayah Nangarhar, Khost, Logar, Paktia, Kandahar, Herat, Farah, Jowzjan, Samangan, Helmand, Takhar, Kunduz dan Panjshir dalam tempoh 24 jam," memetik Twitter Kementerian Pertahanan Afghanistan.

Pertempuran antara kerajaan Afghanistan dan Taliban semakin meruncing selepas tentera asing meninggalkan negara itu.

Sejak itu, Taliban telah menawan beberapa wilayah di luar bandar dan melancarkan serangan yang menyasarkan kawasan bandar.

Menurut misi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) negara itu, jumlah rakyat Afghanistan yang terkorban atau cedera telah mencecah 5,183 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan kenaikan ketara dicatat pada Mei. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!