'Pas jangan sampai dilanda sindrom kemurungan'

Salahuddin ketika sidang media, di sini, hari ini.
Salahuddin ketika sidang media, di sini, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pas dibimbangi akan menghidap ‘sindrom kemurungan’ sekiranya berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak berasas kononnya wujud undi tidak percaya pemimpin PH terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Majlis Presiden PH, Datuk Salahuddin Ayub mendakwa, Pas kini dalam keadaan resah dan gelisah menyaksikan PH kuat dan menjadi kerajaan memerintah.

“Pas sekarang dalam keadaan resah gelisah, dia (Pas) risau tengok kita (PH) kuat, kita ajak mereka dulu bersama... dia tak mahu, bila kita dah menang, dia macam rasa keterasingan.

“Terasing, risau tengok kita kuat, kita memerintah. Kalau Pas berterusan dengan sikap macam tu, saya takut Pas dilanda sindrom kemurungan,” katanya ketika sidang media di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah menegaskan, dakwaan wujud undi tidak percaya dalam kalangan PH terhadap Perdana Menteri sebagai tidak berasas dan cubaan Pas untuk memecah belahkan kerajaan PH.

Artikel Berkaitan: