Anak-anak belum tahu Siti Sarah meninggal dunia: Shuib

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin.
Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin.
A
A
A

GOMBAK - Pelawak dan usahawan, Shuib memberitahu anak-anaknya masih belum mengetahui ibu mereka, Siti Sarah Raissuddin sudah meninggal dunia dan jenazah isterinya itu selamat dikebumikan kira-kira jam 1.37 petang pada Isnin.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia akan memberitahu anak-anaknya mengenai kematian Siti Sarah selepas pulang ke rumah.

"Buat masa ini anak-anak belum tahu. Saya nak balik dan baru nak beritahu. Doakan urusan saya dipermudahkan," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini.

Pada masa sama, Shuib menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah isterinya.

"Terima kasih kepada semua atas usaha, solat hajat, bacaan Yassin dan sedekah atas nama isteri saya. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas budi," katanya.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin.

Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) awal pagi tadi setelah beberapa hari melawan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Penyanyi lagu 'Kesetiaan' itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat pandemik itu dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi Isnin.