[VIDEO] Lima beradik yatim piatu sekelip mata angkara Covid-19

Anak bongsu, Nisa Ailani Mohd Suhaimi menutup mata sewaktu kakaknya membuka gambar arwah ibu bapanya.
Anak bongsu, Nisa Ailani Mohd Suhaimi menutup mata sewaktu kakaknya membuka gambar arwah ibu bapanya.
A
A
A

KLANG - Lima beradik di Flat Sri Perantau, Selat Klang, di sini menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia disebabkan Covid-19 minggu lalu.

Intan Iewanina Mohd Suhaimi, 23, berkata, ibunya, Ramlah Muktar, 43, meninggal dunia pada 31 Julai lalu manakala bapanya, Mohd Suhaimi Zakaria, 55, menyusul seminggu kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Intan Iewanina berkata, dia belum membuat sebarang perancangan mengenai masa depan mereka adik-beradik disebabkan kehilangan ibu bapa berlaku secara mengejut.

Namun menurutnya, amanat ibu bapa yang mahu mereka berjaya dalam pelajaran akan menjadi kekuatan buatnya untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berbaiki dua tahun lagi.

"Saya akan galas tanggungjawab jaga adik-adik di rumah memandangkan masih mengikuti kelas secara dalam talian. Ada juga ibu saudara yang akan membantu.

"Saya akan teruskan belajar sampai habis kemudian baru fikir cari kerja untuk tampung adik-adik. Buat masa ini bil saya mampu bayar, cuma sedang fikir cara bayar ansuran bulanan rumah," katanya selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari di Flat Sru Perantau, Selat Klang pada Isnin.

Adiknya, Uzair Wazini Mohd Suhaimi, 16, yang bersekolah di Maahad Tahfiz Azzikr, Batu Belah berkata, pesanan ibu bapa supaya mengutamakan pelajaran dan agama tidak akan dilupakan.

"Sebelum mak ayah pergi mereka pesan supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, tidak tinggal solat dan al-Quran supaya mereka tenang di sana serta dapat berjumpa lagi di syurga firdaus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Intan Iewanina (tiga dari kanan) bersama adik-beradik lain ketika menerima kunjungan Abdul Rashid di rumahnya di Flat Sru Perantau, Selat Klang pada Isnin.
Intan Iewanina (tiga dari kanan) bersama adik-beradik lain ketika menerima kunjungan Abdul Rashid di rumahnya di Flat Sru Perantau, Selat Klang pada Isnin.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, adik-beradik berusia lima hingga 21 tahun itu akan dijadikan anak angkat DUN Selat Klang.

"Segala perbelanjaan, urusan persekolahan mereka akan ditanggung oleh DUN Selat Klang. Saya juga bercadang tubuh satu tabung untuk mereka bagi kegunaan keluarga berkenaan dan mungkin juga boleh diperluas kepada keluarga-keluarga lain.

"Sebagai permulaaan, sebanyak RM5,000 akan dimasukkan ke dalam tabung ini dan seterusnya sumbangan daripada pihak-pihak lain juga dimasukkan ke dalam tabung sama," katanya.