X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Bank Rakyat buka cawangan baharu di Sebuyau, Sarawak

Wan Junaidi (tengah) ketika mengadakan sidang media pada majlis itu.
A
A

SHAH ALAM- Bank Rakyat membuka cawangan baharu Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change di daerah kecil Sebuyau, Sarawak pada Isnin yang akan memanfaatkan 16,373 penduduk di daerah itu.

Pembukaan cawangan baharu itu bertujuan untuk memastikan setiap segmen masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembukaan Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change di Sebuyau itu jelas memperlihatkan komitmen Bank Rakyat untuk terus berkhidmat dan memenuhi keperluan perbankan dan perkhidmatan pajak gadai Islam kepada masyarakat yang masih lagi tiada atau kurang keperluan asas perbankan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Ia diharap dapat memberikan pengalaman dan kemudahan lebih baik kepada peniaga dan penduduk di sekitar Sebuyau untuk menjalankan urusan perbankan dengan mudah, selamat dan cepat.

“Ini merupakan langkah untuk menambah baik kemudahan perbankan Bank Rakyat sedia ada di Sebuyau sekarang iaitu daripada ATM yang ditempatkan di Koperasi Keluarga Wan Morsidi Tuanku Sait (KOWADI) kepada kemudahan perbankan yang terangkum dan pelbagai,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Junaidi yang hadir menyempurnakan majlis pembukaan cawangan tersebut pada Isnin telah menyampaikan hadiah khas kepada pelanggan pertama yang membuka Akaun Deposit-i Berjangka di cawangan tersebut dan sumbangan asnaf Bank Rakyat kepada 100 penduduk Sebuyau.

Wan Junaidi turut menyampaikan Geran Bantuan Peneraju Sektor Koperasi (Prospek) Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad, Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (Pemulih) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sumbangan Prihatin Institut Koperasi Malaysia serta Geran Pembangunan Usahawan di bawah Program [email protected], SME Corp.

Bagi Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar, inisiatif itu adalah sejajar dengan matlamat yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan impak yang positif kepada ekonomi serta komuniti menerusi penyediaan perkhidmatan kewangan yang mampan dan terangkum.

“Bank Rakyat sentiasa memainkan peranan strategik dalam memenuhi aspirasi dan matlamatnya sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab yang mendorong kepada nilai positif dan kesan terhadap masyarakat menerusi operasi perniagaan yang holistik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pembukaan Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change itu menjadikan Bank Rakyat sebagai bank pertama yang memulakan operasinya di pekan tersebut.

“Dengan pembukaan cawangan baharu di daerah kecil Sebuyau ini juga Bank Rakyat dapat terus menyokong dan merancakkan lagi sosioekonomi masyarakat Sebuyau ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Bank Rakyat mempunyai 14 cawangan di Sarawak iaitu di Bintulu, Kapit, Kota Padawan, Kota Samarahan, Limbang, Matang Jaya, Miri, Mukah, Permy Jaya, Sarikei, Satok, Sibu, Simpang Tiga dan Sri Aman.

Selain itu, dua lagi cawangan Rakyat Xcess dan ArRahnu X’Change terletak di Betong dan Lundu.

Pada masa sama, Bank Rakyat juga mempunyai Ar-Rahnu X’Change di Satok dan Rakyat Xcess di Serian.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!