X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Anak nafi Ahmad Sarji meninggal dunia

Ariff Tuah menerusi satu kenyataan menafikan laporan kematian bapanya yang tular di media sosial pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di media sosial.

Ariff Tuah Ahmad Sarji berkata, bapanya masih menerima rawatan di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras dan berada dalam keadaan stabil.

“Bagi pihak keluarga Tun Ahmad Sarji, saya sedar perkhabaran yang tular sekarang ini dan ingin mengatakan bahawa ia tidak benar.

“Dengan rendah hati, saya sekeluarga mohon orang ramai terus mendoakaan ALLAH SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan untuk ayah saya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat komplikasi Covid-19.

Ahmad Sarji menjadi Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: IKIM nafi Ahmad Sarji meninggal dunia


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!