Siti Sarah selamat dikebumikan

Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
A
A
A

GOMBAK - Jenazah usahawan dan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin.

Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kawasan perkarangan tanah perkuburan tersebut menjadi tumpuan orang ramai, media dan rakan artis yang menyaksikan perjalanan terakhir penyanyi lagu Kesetiaan itu.

Allahyarham Siti Sarah, 36, dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Allahyarham Noor Aini Mohamad.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertarung melawan Covid-19.

Penyanyi itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat Covid-19 dan menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini (Isnin).