Gelandangan direman kes bunuh wanita

Suspek (tengah) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita gelandangan, dua minggu lalu.
Suspek (tengah) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita gelandangan, dua minggu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki gelandangan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita gelandangan di belakang deretan kedai di Jalan Damai, Taman Sri Muda, di sini dua minggu lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nuur Fakhizaa Abu Bakar mengeluarkan perintah itu bermula Isnin sehingga 15 Ogos ini selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Lelaki tersebut yang juga warga India berusia 60 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang diwakili peguam, Navin Punj, hadir di mahkamah diiringi pasukan polis pada jam 9.50 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek sedang mabuk.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, pihak polis mencari seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita di belakang deretan kedai di Jalan Damai, Taman Sri Muda, di sini pada 26 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari lelaki warga India bantu siasatan kes bunuh

Artikel Berkaitan: