X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Taufan Lupit: Penduduk di tiga wilayah Jepun diarah pindah

Kelajuan angin taufan Lupit diramal mencapai 23 meter sesaat dan tiupan angin kencang sekitar 35 meter sesaat. Foto: Internet
A
A

TOKYO - Kira-kira 300,200 penduduk di wilayah Hiroshima, Shimane dan Ehime diarah berpindah berikutan taufan Lupit yang diramal melanda, lapor Sputnik.

Syarikat penerbangan turut membatalkan 63 jadual penerbangan di bahagian barat daya Jepun, lapor stesen penyiaran NHK pada Isnin.

Kelajuan angin taufan Lupit diramal mencapai 23 meter sesaat dan tiupan angin kencang sekitar 35 meter sesaat.

Taufan Lupit dilaporkan melanda kawasan pesisir China pada Khamis, menyebabkan hujan lebat di wilayah sekitarnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!